Tuesday, February 9, 2010

Sejarah SKPZ

1930 - Ditubuhkan dengan menumpang bangunan surau Kg. Parit Zin dan murid berjumlah 15 orang.
1935 - Bangunan sekolah didirikan melalui gorong-royong penduduk kampung. Murid bertambah kepada 40 orang dengan 3 orang guru dan 2 bilik darjah.
1941 - Bangunan musnah akibat perang.
1952 - Dibina semula secara gotong-royong.
1958 - Menerima peruntukan membina bangunan 2 bilik darjah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
1969 - Mengalami kekurangan bilik darjah dengan kewujudan Kem Pasukan Polis Hutan Batalion ke-9.
1971- Kementerian Pelajaran membina bangunan 2 tingkat.
Mulai 1994 - Pertambahan murid berlaku mendadak.
1995-1998 - Sekolah 2 sesi dijalankan.
Julai 1997 - Dibina bangunan baru yang siap sepenuhnya pada 1998.
1999 - Sekolah 1 sesi dapat dijalankan.
2002 - Johan Anugerah Sekolah Harapan Negeri Kategori Sekolah Kebangsaan Luar Bandar Peringkat Negeri Johor.
2004 - Makmal komputer dibina.
2005 - Makmal Komputer digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Mempunyai 21 buah komputer di bawah penyelarasan guru ICT.

No comments:

Post a Comment