Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru 2010


Sambutan Hari Guru tahun ini dimulakan dengan acara perhimpunan pagi.Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian dan ucapan-ucapan perutusan. Selepas guru-guru membaca ikrar dan nyanyian lagu guru Malaysia. Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pertandingan persembahan oleh guru-guru. Pelbagai persembahan diadakan antaranya sketsa, nyanyian, dikir barat dan juga pertunjukan fesyen. Pertandingan ini dimenangi oleh Panitia Bahasa Inggeris yang mempersembahan sketsa “Aci, aci, please open the door!”.


Aci dan Nana sedang menyanyi dan menghalau 'hantu'

Persembahan pakaian beragam ala padang pasir dari panitia Agama Islam


Setelah tamat acara persembahan dari panitia, guru-guru telah bertukar-tukar hadiah melalui undian dan seterusnya jamuan makan pot luck. Selepas berehat seketika, acara sukaneka telah diadakan.

Sesi bertukar-tukar hadiah sesama guru

Sukaneka antara guru

Pada pukul 2.30 petang, jamuan Hari Guru telah diadakan di Restoran Seri Bayu. Di majlis ini, acara penyampaian hadiah diadakan bagi pertandingan sukaneka, buku persediaan terbaik, bilik khas terbaik, guru kacak dan guru anggun serta pelbagai lagi.

Monday, May 10, 2010

Program Lestari

SK Parit Zain telah dipilih oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar sebagai salah sebuah sekolah di dalam daerah Muar untuk dijadikan Sekolah Lestari seterusnya mewakili pertandingan sekolah lestari bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Pada 28 April 2010, penilaian untuk pertandingan sekolah lestari telah dijalankan. Barisan penilai adalah seperti berikut:
1. En. Harmanisham B. Ishak – Peg. Khas Penilaian Sekolah Lestari dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor
2. En. Mohd Nor B. Mohd Yassin – Penyelia Kanan Geografi, Sektor Pengurusan Akademik JPNJ
3. Pn. Hana Badriah Bt. Zulkifli – Peg. Iskandar Regional Development Authority
4. Tn. Hj. Arshad B. Taib – Penyelia Ko-Kurikulum PPD Muar

Segala aspek berkaitan program Lestari telah dilihat dan dinilai oleh hakim-hakim. Semoga Sek. Keb Parit Zin akan menjadi wakil bagi Negeri Johor untuk ke peringkat seterusnya.



Hakim sedang melihat tanaman di Taman Kirey


Barisan hakim bersama wakil PIBG dan guru-guru SKPZ

Wednesday, May 5, 2010

Program Anak Angkat J-Biotech


Pada 27 April 2010, berlansungnya majlis pelancaran Program Anak Angkat Syarikat J-Biotech di Taman Siti Khadijah, SK Parit Zin. Program ini bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang prihatin terhadap isi berkaitan alam sekitar dan menghargai warisan alam dalam kehidupan seharian.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Hafiz B. Mohd Jais, iaitu wakil dari Syarikat J-Biotech. Beliau turut disertai oleh rakan-rakan setugasnya iaitu En. Yazid B. Husin, En. Hazali B. Hassan, En. Azwan B. Misran dan juga En. Ahmad Nizam.
Di dalam program tersebut turut diadakan demo membuat baja organik yang turut digunakan oleh pihak sekolah untuk program lestari. Semoga program ini dapat memberi dimanfaatkan oleh kita semua.


Murid-murid sedang mempelajari cara membuat baja organik.
Wakil syarikat J-Biotech sedang memberikan ceramahnya.


Friday, March 19, 2010

Maulidur-Rasul 2010


Majlis sambutan Maulidur-rasul 2010 (1431H) telah diadakan pada 5 Mac 2010. Program tersebut telah dijalankan di Dataran Ilmu SKPZ. Program tersebut bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Objektif program tersebut adalah:
i) Memperingati sejarah kelahiran Nabi Muhamad S.A.W
ii) Mengambil ikhtibar daripada sejarah kehidupan baginda.
iii) Meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W
iv) Melahirkan insan berakhlak mulia dan mencintai Rasulullah S.A.W

Ceramah Maulidur-Rasul telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Tajuddin Bin Hj. Abdul Halim dari SMK Bukit Naning Muar. Semoga program ini memberi manfaat kepada seluruh warga SKPZ dan mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W sebagai asas kecemerlangan ummah di dunia dan di akhirat.

Murid-murid Pra Sekolah sedang membuat persembahan.


Tn. Hj.Mohd Tajuddin sedang menyampaikan ceramahnya.


Friday, February 26, 2010

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2010

Pada 20 Februari 2010, Program Motivasi Kecermelangan UPSR 2010 telah diadakan bertempat kantin SKPZ. Program ini telah disertai oleh calon-calon UPSR 2010. Program ini bermatlamat untuk mencapai sasaran 30% pelajar mendapat 5A dalam UPSR 2010. Oleh itu, kesedaran diri murid dan kesediaan untuk berubah ke arah pencapaian yang cemerlang telah diterapkan melalui program ini.Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Jamaluddin Bin Hasran, Kaunselor SMK Pekan Baru, Muar.



Murid-murid tekun mendengar ceramah.

En. Jamaluddin Bin Hasran menyampaikan ceramahnya.



Murid-murid sedang mengikuti program yang dijalankan.



Thursday, February 25, 2010

Program Bestari Solat

Pada 19 dan 20 Februari 2010 telah diadakan Program Bestari Solat yang pertama untuk tahun 2010. Program ini telah disertai oleh semua murid SKPZ. Program ini telah dikendalikan oleh Panitia Agama Islam. Tujuan program ini adalah untuk membimbing murid-murid ke arah solat yang betul dan sempurna.

Murid-murid sedang mengambil wuduk.

Monday, February 15, 2010

UPSR 09

Keputusan UPSR 2009 adalah seperti berikut:

5A - 25 orang
Peratus kelulusan - 93%


Murid-murid cemerlang UPSR 09



Sunday, February 14, 2010

Staf Sokongan


Staf Sokongan


Staf akademik




Guru-guru Sekolah Kebangsaan Parit Zin


Wednesday, February 10, 2010

Anugerah dan Bai'ah

 Anugerah Hari Q Tahun 2005
  • Pengurusan pejabat Cemerlang
  • Bilik Guru Cemerlang
  • Kelas Pra Sekolah Cemerlang
  • Pusat Sumber Cemerlang
  • Makmal Sains Cemerlang
  • Smart Surau
  • 3K Cemerlang
  • CEE Cemerlang
 Anugerah Hari Q Tahun 2004

  • Pusat Sumber Cemerlang
  • Bilik Guru Cemerlang
  • Galeri Sejarah Cemerlang


Sekolah harapan Negara Tahun 2003
Peringkat Sekolah Rendah Luar Bandar






4. Johan Sekolah Harapan Negara Daerah Muar 2002
5. Tempat ketiga Pertandingan Landskap tahun 2002

Panorama Sekolah



Makmal Sains

Kelas Pendidikan Khas

Surau

Bilik SPBT


Pondok Pengawal
Blok Othman


Blok Omar


Makmal Komputer

Taman Siti Khadijah


Kantin (Pemandangan dari atas)


Blok Ali
Bilik Rawatan


Persatuan Ibu Bapa dan Guru


         AJK PIBG S.K. PARIT ZIN
1.       TN. HJ. ISNAN B. SELAMAT
2.       TN. ABD AZIZ B. AHMAD
3.       EN. ALI B. AHMAD
4.       PN. JERIAH BT. SIPUT
5.       EN. ROSKAMARUZAMAN B. TALIB
6.       ON. KAMARIAH BT. PARMIN
7.       EN. ROSLAN B. SHARIF
8.       EN. SAMSUDIN B. MUJI
9.       EN. MOHD ZAINI B. HASHIM
10.   PN. ANISAH BT. ITHNIN
11.   EN. MOHAMAD ZAINI B. OMAR
12.   EN. HAMDAN B. ROHANI
13.   EN. ABD RAHMAN B. ASI
14.   EN. MOHD SAIFUL B. MOHD SENIN
15.   PN. NORHAYATI BT. ZAKARIA
16.   MAZIHAH BT. MAHMUD

Pentadbiran Sekolah

Pn. Nazirah bt. Hj. Taib
       Guru Besar





En.Fadillah bin Zainal
           GPK 1

 









En. Jaafar bin Nasir
       GPK HEM
                                                                      









En. Shahbanizam b. Latip
     GPK KoKurikulum

Peta sekolah

Peta Negeri Johor

Kedudukan Sekolah


Kedudukan SKPZ dari pandangan atas
(Gambar diambil dari Google Map)

Tuesday, February 9, 2010

Pelan Sekolah







Sejarah SKPZ

1930 - Ditubuhkan dengan menumpang bangunan surau Kg. Parit Zin dan murid berjumlah 15 orang.
1935 - Bangunan sekolah didirikan melalui gorong-royong penduduk kampung. Murid bertambah kepada 40 orang dengan 3 orang guru dan 2 bilik darjah.
1941 - Bangunan musnah akibat perang.
1952 - Dibina semula secara gotong-royong.
1958 - Menerima peruntukan membina bangunan 2 bilik darjah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
1969 - Mengalami kekurangan bilik darjah dengan kewujudan Kem Pasukan Polis Hutan Batalion ke-9.
1971- Kementerian Pelajaran membina bangunan 2 tingkat.
Mulai 1994 - Pertambahan murid berlaku mendadak.
1995-1998 - Sekolah 2 sesi dijalankan.
Julai 1997 - Dibina bangunan baru yang siap sepenuhnya pada 1998.
1999 - Sekolah 1 sesi dapat dijalankan.
2002 - Johan Anugerah Sekolah Harapan Negeri Kategori Sekolah Kebangsaan Luar Bandar Peringkat Negeri Johor.
2004 - Makmal komputer dibina.
2005 - Makmal Komputer digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Mempunyai 21 buah komputer di bawah penyelarasan guru ICT.