Monday, May 14, 2012

Anugerah Tawaran Baru Bagi Guru Besar 2011

SKPZ telah menerima Tawaran Baru Bagi Guru Besar NKRA 2011 pada 15hb Mac 2012.
Tahniah semua!!!



Puan Safiah bt. Hj. Fadzil telah menerima
anugerah Bai'ah dari Timbalan Perdana Menteri,
 yang juga merupakan  Menteri Pendidikan.

Sunday, May 13, 2012

Karnival Kokurikulum

Pada 28hb April2012, SKPZ telah menyertai Karnival Kokurikulum peringkat zon Maharani yang diadakan di SK Pt Bakar Tengah dan SK Parit Bakar Darat. SKPZ telah mendapat johan dalam beberapa acara dan tempat ketiga untuk keseluruhan.



Adik Syairah Nur Fatin telah menjuarai pertandingan bercerita Sains.



Adik Umaira Md Jan telah memenangi tempat pertama dalam
pertandingan mengarang Bahasa Melayu.


Adik Tati telah menjuarai pertandingan tilawah  Pra Sekolah.

Friday, May 11, 2012

Sumbangan Majlis Aqiqah MyCorps Afghanistan SKPZ

Sekolah Keb Parit Zin telah memberi sumbangan untuk pendidikan anak-anak di Afghanistan, pada 19 April  2012, bertempat di Pejabat Rakan Muda, Muar.

Wakil guru SKPZ bergambar bersama wakil MyCorps



Majlis Penyampaian Sumbangan Aqiqah kepada wakil MyCorps

Tuesday, May 8, 2012

Karnival Mesra Belia 1 Malaysia

Pasukan J-Robik SKPZ telah menyertai Karnival Mesra Belia 1 Malaysia pada 28 April 2012, bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar.



Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru 2010


Sambutan Hari Guru tahun ini dimulakan dengan acara perhimpunan pagi.Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian dan ucapan-ucapan perutusan. Selepas guru-guru membaca ikrar dan nyanyian lagu guru Malaysia. Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pertandingan persembahan oleh guru-guru. Pelbagai persembahan diadakan antaranya sketsa, nyanyian, dikir barat dan juga pertunjukan fesyen. Pertandingan ini dimenangi oleh Panitia Bahasa Inggeris yang mempersembahan sketsa “Aci, aci, please open the door!”.


Aci dan Nana sedang menyanyi dan menghalau 'hantu'

Persembahan pakaian beragam ala padang pasir dari panitia Agama Islam


Setelah tamat acara persembahan dari panitia, guru-guru telah bertukar-tukar hadiah melalui undian dan seterusnya jamuan makan pot luck. Selepas berehat seketika, acara sukaneka telah diadakan.

Sesi bertukar-tukar hadiah sesama guru

Sukaneka antara guru

Pada pukul 2.30 petang, jamuan Hari Guru telah diadakan di Restoran Seri Bayu. Di majlis ini, acara penyampaian hadiah diadakan bagi pertandingan sukaneka, buku persediaan terbaik, bilik khas terbaik, guru kacak dan guru anggun serta pelbagai lagi.

Monday, May 10, 2010

Program Lestari

SK Parit Zain telah dipilih oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar sebagai salah sebuah sekolah di dalam daerah Muar untuk dijadikan Sekolah Lestari seterusnya mewakili pertandingan sekolah lestari bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Pada 28 April 2010, penilaian untuk pertandingan sekolah lestari telah dijalankan. Barisan penilai adalah seperti berikut:
1. En. Harmanisham B. Ishak – Peg. Khas Penilaian Sekolah Lestari dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor
2. En. Mohd Nor B. Mohd Yassin – Penyelia Kanan Geografi, Sektor Pengurusan Akademik JPNJ
3. Pn. Hana Badriah Bt. Zulkifli – Peg. Iskandar Regional Development Authority
4. Tn. Hj. Arshad B. Taib – Penyelia Ko-Kurikulum PPD Muar

Segala aspek berkaitan program Lestari telah dilihat dan dinilai oleh hakim-hakim. Semoga Sek. Keb Parit Zin akan menjadi wakil bagi Negeri Johor untuk ke peringkat seterusnya.



Hakim sedang melihat tanaman di Taman Kirey


Barisan hakim bersama wakil PIBG dan guru-guru SKPZ

Wednesday, May 5, 2010

Program Anak Angkat J-Biotech


Pada 27 April 2010, berlansungnya majlis pelancaran Program Anak Angkat Syarikat J-Biotech di Taman Siti Khadijah, SK Parit Zin. Program ini bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang prihatin terhadap isi berkaitan alam sekitar dan menghargai warisan alam dalam kehidupan seharian.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Hafiz B. Mohd Jais, iaitu wakil dari Syarikat J-Biotech. Beliau turut disertai oleh rakan-rakan setugasnya iaitu En. Yazid B. Husin, En. Hazali B. Hassan, En. Azwan B. Misran dan juga En. Ahmad Nizam.
Di dalam program tersebut turut diadakan demo membuat baja organik yang turut digunakan oleh pihak sekolah untuk program lestari. Semoga program ini dapat memberi dimanfaatkan oleh kita semua.


Murid-murid sedang mempelajari cara membuat baja organik.
Wakil syarikat J-Biotech sedang memberikan ceramahnya.