Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru 2010


Sambutan Hari Guru tahun ini dimulakan dengan acara perhimpunan pagi.Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian dan ucapan-ucapan perutusan. Selepas guru-guru membaca ikrar dan nyanyian lagu guru Malaysia. Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pertandingan persembahan oleh guru-guru. Pelbagai persembahan diadakan antaranya sketsa, nyanyian, dikir barat dan juga pertunjukan fesyen. Pertandingan ini dimenangi oleh Panitia Bahasa Inggeris yang mempersembahan sketsa “Aci, aci, please open the door!”.


Aci dan Nana sedang menyanyi dan menghalau 'hantu'

Persembahan pakaian beragam ala padang pasir dari panitia Agama Islam


Setelah tamat acara persembahan dari panitia, guru-guru telah bertukar-tukar hadiah melalui undian dan seterusnya jamuan makan pot luck. Selepas berehat seketika, acara sukaneka telah diadakan.

Sesi bertukar-tukar hadiah sesama guru

Sukaneka antara guru

Pada pukul 2.30 petang, jamuan Hari Guru telah diadakan di Restoran Seri Bayu. Di majlis ini, acara penyampaian hadiah diadakan bagi pertandingan sukaneka, buku persediaan terbaik, bilik khas terbaik, guru kacak dan guru anggun serta pelbagai lagi.

Monday, May 10, 2010

Program Lestari

SK Parit Zain telah dipilih oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar sebagai salah sebuah sekolah di dalam daerah Muar untuk dijadikan Sekolah Lestari seterusnya mewakili pertandingan sekolah lestari bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Pada 28 April 2010, penilaian untuk pertandingan sekolah lestari telah dijalankan. Barisan penilai adalah seperti berikut:
1. En. Harmanisham B. Ishak – Peg. Khas Penilaian Sekolah Lestari dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor
2. En. Mohd Nor B. Mohd Yassin – Penyelia Kanan Geografi, Sektor Pengurusan Akademik JPNJ
3. Pn. Hana Badriah Bt. Zulkifli – Peg. Iskandar Regional Development Authority
4. Tn. Hj. Arshad B. Taib – Penyelia Ko-Kurikulum PPD Muar

Segala aspek berkaitan program Lestari telah dilihat dan dinilai oleh hakim-hakim. Semoga Sek. Keb Parit Zin akan menjadi wakil bagi Negeri Johor untuk ke peringkat seterusnya.



Hakim sedang melihat tanaman di Taman Kirey


Barisan hakim bersama wakil PIBG dan guru-guru SKPZ

Wednesday, May 5, 2010

Program Anak Angkat J-Biotech


Pada 27 April 2010, berlansungnya majlis pelancaran Program Anak Angkat Syarikat J-Biotech di Taman Siti Khadijah, SK Parit Zin. Program ini bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang prihatin terhadap isi berkaitan alam sekitar dan menghargai warisan alam dalam kehidupan seharian.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Hafiz B. Mohd Jais, iaitu wakil dari Syarikat J-Biotech. Beliau turut disertai oleh rakan-rakan setugasnya iaitu En. Yazid B. Husin, En. Hazali B. Hassan, En. Azwan B. Misran dan juga En. Ahmad Nizam.
Di dalam program tersebut turut diadakan demo membuat baja organik yang turut digunakan oleh pihak sekolah untuk program lestari. Semoga program ini dapat memberi dimanfaatkan oleh kita semua.


Murid-murid sedang mempelajari cara membuat baja organik.
Wakil syarikat J-Biotech sedang memberikan ceramahnya.